Saturday, August 21, 2010

SALAM RAMADHAN 2010

ASSALAMMUAILAIKUM WBT...

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun saya berada di Kolej SHAHPUTRA, Kuantan. Banyak perubahan yang saya lihat dengan mata sendiri. Tidak kiralah dari segi kawan-kawan, hati, budi, diri sendiri dan macam-macam lah. Antaranya adalah kenangan waktu berbuka puasa. Sepanjang dalam tempoh diploma ni, sebenarnya dah 3 kali termasuk tahun ini saya berpuasa sebagai seorang perantau. Kelakar la pulak. Tapi memang betul pun, kalu jauh daripada keluarga mestilah kita di perantauan kan?

Teringat waktu Semester 1 dulu. Waktu tu semua pelajar semester 1 tinggal di penginapan kolej. Bayangkan waktu tu, separuh gila tunggu pinjaman MARA tak dapat-dapat lagi. Bermacam-macam cara dilakukan untuk berjimat cermat tau. Antaranya, masak memasak sesama rakan-rakan rumah. Juadah yang dimasak adalah sardin, telur dada dan seumpamanya yang murah. Student, you allzz. Kadang-kadang ada juga rasa iri hati dengan rakan-rakan yang selalu berbuka puasa di luar. Mereka mengajak, tapi dah diri sendiri kena jimat, bukan salah mereka. Akhirnya, selepas sahaja Hari Raya Aidilfitri 2008, semua pelajar-pelajar baru pun menerima pinjaman masing-masing sehingga tak sedar dunia.

Semester 3 pula menyaksikan saya dan rakan-rakan menyambut Ramadhan Al-Mubarak di rumah sewa, iaitu di Indera Mahkota 6. Agak menyedihkan bagi kami semua kerana rumah kami jauh dari Bazaar Ramadhan. Sejam sebelum berbuka terpaksa lah kami menapak ke Indera Mahkota 8. Kadang kala bila dah letih sangat tiap-tiap hari kena jalan jauh, berbuka pula di Juara Char Kuey Teow. Bila dah setiap hari makan makanan yang sama, masing-masing makin malas nak berjalan dan memesan khidmat penghantaran makanan sahaja dari Restoran Celup. Selama sebulan berpuasa, 3 fasa kami telah lalui khas untuk berbuka sahaja. Mula-mula berjalan jauh, kemudian berjalan dekat sikit, then terus berbuka di rumah.

Kini, Semester 5 yang juga merupakan tahun terakhir aku berpuasa di Kuantan sebagai seorang pelajar menjadi saksi aku berpuasa di sebuah tempat yang cukup tenang. Maksudnya rumah sewa yang baru dengan segala fasiliti yang lengkap. Serba-serbi dekat. Sangat bahagia Ramadhan kali ini. Walauapapun, Ramadhan tahun ini belum sampai di penghujungnya. Mungkin banyak lagi dugaan sepanjang bulan puasa ni yang kita tidak ketahui. Apapun tabah la menghadapi segala dugaan yang datangnya dari Tuhan Maha Pencipta, Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Semoga bertemu lagi di lain masa.
Assalammualaikum...

No comments: