Tuesday, August 10, 2010

Jangan Beri Harapan dan Kite Musnahkan...

Tajuk blog pada hari ini berkaitan dengan harapan. Macam2 harapan yang ada dalam diri kita ni. Tapi apa yang saya nak berkongsi pada hari ini adalah berkenaan dengan harapan yang dibina dan diberi oleh orang lain. Perkara ni biasanya sinonim dalam perhubungan. Tidak kiralah sama ada hubungan kekeluargaan, persahabatan mahupun percintaan. Yang paling parah mestilah bila perkara yang melibtkan cinta, ye tak?

Dalam aspek kekeluargaan, biasanya ibu bapa akan memberi harapan pada anak-anak supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan menggalakkan mereka untuk mendapat pencapaian tertinggi dalam peperiksaan ataupun pelajaran mereka. Anak-anak ini sudah tentunya berharap dalam masa yang sama menjadikan harapan yang diberi oleh ibu bapa mereka sebagai pendorong untuk berjaya. Malangnya, bila mereka dah mencapai target tersebut, ibu bapa pula yang tidak mampu menunaikan harapan yang mereka beri tadi. Jadi, hampalah anak2 tersebut. Mesti parahkan hati budak2 ni.

Dalam aspek percintaan pula sebenarnya banyak yang nak disentuh. Baik daripada pihak lelaki mahupun perempuan ataupun pihak2 yang suka sesama jenis. Kita mulakan dengan perhubungan normal dahulu. Pertama sekali, janganlah kita memberi harapan dalam bentuk layanan, kata-kata mahupun perasaan terhadap seseorang itu. Kalau anda betul-betul tak suka, jangan layan lebih-lebih. Takut-takut nanti anda terberi harapan pada si dia. Kepada pihak lelaki pula, kalau anda tak nak, hindari segera. Jangan pula anda 'madah berhelah'. Maksudnya di sini, hati tak mahu, tapi mulut tabur yang manis-manis je. Bukankah kedua-dua perbuatan tersebut sama seperti memberi harapan? Saya rasa ada di antara kita dah merasa betapa sakitnya bertepuk sebelah tangan. Kalau orang yang kita bagi harapan tu orangnya jenis hanya memendam rasa dan tidak menyusahkan anda, tak mengapalah. Tapi bagaimana pula jika mereka ambil tindakan seperti merogol,berjumpa bomoh dan lain2. Kan kita sendiri yang susah.

Kalau pada yang sejenis pula, ingat satu perkara je la. Sebagai seorang manusia kita akan kembali kepada fitrah semulajadi masing-masing. Andai kata anda seorang lelaki, kepada perempuanlah kita akan pergi. Kalau anda wanita, kepada lelakilah anda akan bergantung. Justeru, beringat-ingatlah anda dalam bahagia hari ini, ok. Jangan terlalu berharap yang hubungan anda tu sampai ke akhir hayat tau. Sampai satu masa kita akan kembali kepada asal. Fikir-fikirkan, ok...

No comments: