Saturday, August 21, 2010

SALAM RAMADHAN 2010

ASSALAMMUAILAIKUM WBT...

Sedar tak sedar dah hampir 3 tahun saya berada di Kolej SHAHPUTRA, Kuantan. Banyak perubahan yang saya lihat dengan mata sendiri. Tidak kiralah dari segi kawan-kawan, hati, budi, diri sendiri dan macam-macam lah. Antaranya adalah kenangan waktu berbuka puasa. Sepanjang dalam tempoh diploma ni, sebenarnya dah 3 kali termasuk tahun ini saya berpuasa sebagai seorang perantau. Kelakar la pulak. Tapi memang betul pun, kalu jauh daripada keluarga mestilah kita di perantauan kan?

Teringat waktu Semester 1 dulu. Waktu tu semua pelajar semester 1 tinggal di penginapan kolej. Bayangkan waktu tu, separuh gila tunggu pinjaman MARA tak dapat-dapat lagi. Bermacam-macam cara dilakukan untuk berjimat cermat tau. Antaranya, masak memasak sesama rakan-rakan rumah. Juadah yang dimasak adalah sardin, telur dada dan seumpamanya yang murah. Student, you allzz. Kadang-kadang ada juga rasa iri hati dengan rakan-rakan yang selalu berbuka puasa di luar. Mereka mengajak, tapi dah diri sendiri kena jimat, bukan salah mereka. Akhirnya, selepas sahaja Hari Raya Aidilfitri 2008, semua pelajar-pelajar baru pun menerima pinjaman masing-masing sehingga tak sedar dunia.

Semester 3 pula menyaksikan saya dan rakan-rakan menyambut Ramadhan Al-Mubarak di rumah sewa, iaitu di Indera Mahkota 6. Agak menyedihkan bagi kami semua kerana rumah kami jauh dari Bazaar Ramadhan. Sejam sebelum berbuka terpaksa lah kami menapak ke Indera Mahkota 8. Kadang kala bila dah letih sangat tiap-tiap hari kena jalan jauh, berbuka pula di Juara Char Kuey Teow. Bila dah setiap hari makan makanan yang sama, masing-masing makin malas nak berjalan dan memesan khidmat penghantaran makanan sahaja dari Restoran Celup. Selama sebulan berpuasa, 3 fasa kami telah lalui khas untuk berbuka sahaja. Mula-mula berjalan jauh, kemudian berjalan dekat sikit, then terus berbuka di rumah.

Kini, Semester 5 yang juga merupakan tahun terakhir aku berpuasa di Kuantan sebagai seorang pelajar menjadi saksi aku berpuasa di sebuah tempat yang cukup tenang. Maksudnya rumah sewa yang baru dengan segala fasiliti yang lengkap. Serba-serbi dekat. Sangat bahagia Ramadhan kali ini. Walauapapun, Ramadhan tahun ini belum sampai di penghujungnya. Mungkin banyak lagi dugaan sepanjang bulan puasa ni yang kita tidak ketahui. Apapun tabah la menghadapi segala dugaan yang datangnya dari Tuhan Maha Pencipta, Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Semoga bertemu lagi di lain masa.
Assalammualaikum...

Tuesday, August 10, 2010

Jangan Beri Harapan dan Kite Musnahkan...

Tajuk blog pada hari ini berkaitan dengan harapan. Macam2 harapan yang ada dalam diri kita ni. Tapi apa yang saya nak berkongsi pada hari ini adalah berkenaan dengan harapan yang dibina dan diberi oleh orang lain. Perkara ni biasanya sinonim dalam perhubungan. Tidak kiralah sama ada hubungan kekeluargaan, persahabatan mahupun percintaan. Yang paling parah mestilah bila perkara yang melibtkan cinta, ye tak?

Dalam aspek kekeluargaan, biasanya ibu bapa akan memberi harapan pada anak-anak supaya mereka belajar bersungguh-sungguh dan menggalakkan mereka untuk mendapat pencapaian tertinggi dalam peperiksaan ataupun pelajaran mereka. Anak-anak ini sudah tentunya berharap dalam masa yang sama menjadikan harapan yang diberi oleh ibu bapa mereka sebagai pendorong untuk berjaya. Malangnya, bila mereka dah mencapai target tersebut, ibu bapa pula yang tidak mampu menunaikan harapan yang mereka beri tadi. Jadi, hampalah anak2 tersebut. Mesti parahkan hati budak2 ni.

Dalam aspek percintaan pula sebenarnya banyak yang nak disentuh. Baik daripada pihak lelaki mahupun perempuan ataupun pihak2 yang suka sesama jenis. Kita mulakan dengan perhubungan normal dahulu. Pertama sekali, janganlah kita memberi harapan dalam bentuk layanan, kata-kata mahupun perasaan terhadap seseorang itu. Kalau anda betul-betul tak suka, jangan layan lebih-lebih. Takut-takut nanti anda terberi harapan pada si dia. Kepada pihak lelaki pula, kalau anda tak nak, hindari segera. Jangan pula anda 'madah berhelah'. Maksudnya di sini, hati tak mahu, tapi mulut tabur yang manis-manis je. Bukankah kedua-dua perbuatan tersebut sama seperti memberi harapan? Saya rasa ada di antara kita dah merasa betapa sakitnya bertepuk sebelah tangan. Kalau orang yang kita bagi harapan tu orangnya jenis hanya memendam rasa dan tidak menyusahkan anda, tak mengapalah. Tapi bagaimana pula jika mereka ambil tindakan seperti merogol,berjumpa bomoh dan lain2. Kan kita sendiri yang susah.

Kalau pada yang sejenis pula, ingat satu perkara je la. Sebagai seorang manusia kita akan kembali kepada fitrah semulajadi masing-masing. Andai kata anda seorang lelaki, kepada perempuanlah kita akan pergi. Kalau anda wanita, kepada lelakilah anda akan bergantung. Justeru, beringat-ingatlah anda dalam bahagia hari ini, ok. Jangan terlalu berharap yang hubungan anda tu sampai ke akhir hayat tau. Sampai satu masa kita akan kembali kepada asal. Fikir-fikirkan, ok...

Sunday, August 8, 2010

Pemimpin Autokratik or Demokratik

Salam semua...
Rasanye semua yang dah melonjak dewasa tau istilah yang saya nyatakan di atas.
Rasanya anda semua dah banyak melihat contoh-contoh bagaimanakah untuk menjadi seorang pemimpin yang baik ataupun tak. Sabda Rasulullah: Setiap manusia itu adalah seorang pemimpin dan seorang pemimpin bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpin.

Baiklah, menurut pendapat SAYA yang bukanlah seorang yang pro sangat bab2 memimpin ni sebenarnya semua perlu berpunca daripada hati. Kalau hati anda kata, "hari ni aku xnak pergi kelas", so anda mestilah ikut kata hati kan. Jadi, tipulah kalau ada orang kata dia tak ikut hati dalam buat sesuatu kerana kita akan ikut hati. Sedangkan niat puasa pun bermula dari hati, ye tak?

Dari hati, maka akan terbentuklah pula jati diri. Jadi, hati la punca segala2nye.
Klu nak jd baik pun bermula dari hati.
Nak wat jahat pun mula dari hati.
Nak wat asgnmnt last minit pun hati.
Tak nak prg kelas pun hati.
Tak nak jlnkan tanggugjawab pun hati.

Renung-renungkan...

Wednesday, August 4, 2010

"I sayang u, tapi hati i sakit"

That is what my fren said...

Kadang-kadang xfaham langsung.Kalau kita dah sayang dengan seseorang tu, kita sanggup je tunggu dia. Kadang-kadang sampai xtido mlm kot. Tapi ada je yang orang tu xfaham. Susah sangat ke bagi tau dulu kalau nak tido ke, letih ke, bz ke. Kita pun bz juga, tp xde la sampai abaikan orang lain.

Kenapa kalau kita sayang pada seseorang tu kita mesti rasa rindu, selalu termimpi-mimpi kat die, tapi die pula yang macam xfaham. Selalunya memang kita suka uji orang yang kita sayang. Kerana kita nak tau sejauh mana sayangnya die pada kita.

I know, u love me, dear. Please, jangan wat i sakit hati lagi. Mulai sekarang i akan ikut cakap u, xkan wat apa yang u xske lagi. I bagi u sepenuhnya ruang. I mntak satu hari je utk kite...